Pra Kata

Penerbitan blog ini tercetus setelah menyaksikan kegigihan dan minat EN.HAIRI SALLEH B MAIDIN @ Tok Kie seorang anak peneroka gigih pemastautin Felda Besout 2,meneroka bidang kraf berasaskan kayu dan sebahagiannya berkualiti tinggi.Bermula melakukan aktiviti "main-main" di sudut rumah orang tuanya dan menerima tempahan secara kecil-kecilan daripada penduduk setempat.Pada awal tahun 2008 setelah mendapat restu pihak pengurusan Felda Besout 2, beliau bersama-sama rakan karib dan juga anak didiknya EN. HAMDI @ Tok Pawang memindahkan operasi perusahaan mereka ke bengkel sekarang iaitu bertempat di Pusat Kraf Felda Besout 2.Bengkel ini sedia menerima tempahan berbagai jenis barangan kraf berasaskan kayu.Keutamaan dalam pembuatan pisau,golok,keris, serta ukiran kayu.Perkhidmatan membaik pulih senjata melayu lama dan 'sepoh' juga disediakan. Kadar bayaran yang dikenakan adalah berpatutan.En. Hairi pernah dan kerap mengikuti bengkel dan pameran barangan kraf yang dianjurkan oleh pihak Felda dan badan-badan swasta yang lain.Hasil rekaannya pernah dihargai oleh YBGH Dato Dr. Yusuf Noor satu ketika dulu dengan harga RM 500.Selain itu hasil ukirannya juga selalu dijadikan cenderahati oleh pihak-pihak yang berminat.Antara kenamaan yang memiliki hasil kraf Tok Kie ialah DYMM Paduka Sri Sultan Perak dan MB Perak DS Zambry Abd. Kadir.Replika goloknya juga telah dijadikan mercu tanda dan boleh disaksikan di Felda Gunung Besout 2 berhampiran pencawang telekomunikasi FELDA Besout.Paparan gambar bengkel, peralatan dan timbunan kayu sedia untuk memenuhi permintaan dan tempahan anda.Lihat di sini .En. HAIRI @ Tok Kie juga boleh dihubungi melalui telefon 0164459155 dan En. HAMDI 0194517087. - Tokanpuakajoran.

MAAF.Sebahagian Follower tidak dapat saya follow kembali kerana tiada link yang ditinggalkan.

Rabu, 7 Disember 2011

Tanda Tangan Wak Lan Parang Lapah

Lama benar membiarkan halaman ini,sebulan lamanya tidak diupdate .Bukan tiada perkara atau bahan untuk dipaparkan tetapi sedikit kalut dengan rutin harian.Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengunjung, pelawat serta peminat golokkraf yang masih setia bertamu di ruangan ini.Saya juga ingin memaklumkan buat sementara waktu ini tempahan baharu ditutup untuk tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan.Ini berikutan Tok Kie sedang sibuk menyiapkan beberapa projek yang bersangkutan dengan FELDA dan juga masih terikat dengan tempahan-tempahan yang bertali arus yang tidak termampu diuruskan semua.Walaubagaimanapun Tok Kie masih sedia menerima tempahan daripada peminat atau pelanggan tetap atau daripada penempah yang sanggup menanti dalam jangka masa yang lama.

Di sini juga saya ingin paparkan tanda tangan atau bekas tangan Wak Lan Parang Lapah.Kayu dan bilah golok ini adalah kepunyaan Tok Kie manakala reka bentuk sarung dan ulu golok ini disiapkan oleh Wak Lan sebagai tanda kenangan kepada Tok Kie.Penggemar parang dan golok yang berminat dengan seni Wak Lan bolehlah menghubunginya di alamat berikut:

Saudara Zailan bin Hj. Sharif,
17, Jalan Maju 2,
Taman Bakri Maju,Parit Borham,
84200 Bakri,Muar.

atau boleh melayari : http://paranglapah.blogspot.com/

Kayu jati dipasangkan dengan sejenis kayu yang tidak diketahui, pemberian sahabat dari Pulau Langkawi.




Isnin, 17 Oktober 2011

Replika Keris Istiadat Konvokesyen MRSM Serting Siap Sepenuhnya

Replika keris untuk MRSM Serting Negeri Sembilan siap sepenuhnya dan telahpun diserahkan kepada penempahnya.Maklumat yang diterima, keris tersebut akan digunakan ketika istiadat konvokesyen geraduasi MRSM tersebut.Ini adalah tempahan kedua selepas MRSM Felda Trolak.

 
 *Tok Kie mengambil peluang bertapa dengan replika keris tersebut.
 *Tengah naik "Sheikh"
 *Tamat pertapaan.
* Tok dah balik dah..

 *Memperturunkan ilmu setelah selesai upacara pertapaan.
* hanya sekadar gurauan.

Selasa, 4 Oktober 2011

Kayu Ketengge

Paparan untuk info dan perkongsian.Golok hak milik En. Zainuddin, salah seorang sahabat, peminat dan pengumpul koleksi golok dan kayu.Diperolehi daripada penjual golok jalanan berasal dari Taiping.Bilah golok diperbuat daripada besi spring kereta lama.









Sabtu, 1 Oktober 2011

Kayu Ru atau Pokok Tirus

Sejenis pokok yang selalu ditanam sebagai tanaman hiasan, seperti pokok krismas.Memiliki urat kayu atau belak yang menarik.Kayunya agak lembut namun masih boleh dan sesuai dibuat hulu atau sarung peralatan atau senjata ringan seperti pisau lapah
Saya tidak sempat untuk merakamkan hasil kerja Tok Kie yang dibuat menggunakan kayu ini.Jika ada kesempatan saya akan uploadkan kemudian.

Rabu, 21 September 2011

Kayu Kundang atau Kayu Pokok Setar

Kayu kundang atau kayu pokok setar juga mempunyai corak yang menarik dan sesuai dijadikan hulu atau sarung golok.Walau bagaimanapun agar sukar untuk membentuk kayu ini kerana kayu ini agak rapuh dan mudah retak.Kehendak pelanggan seharusnya diikuti.Berikut saya paparkan contoh hulu golok yang diperbuat daripada kayu pokok setar.Nasihat saya, jika anda ingin juga membuat perkakasan kraf daripada kayu ini, bahagian-bahagian pokok yang terpilih amat diperlukan seperti bahagian teras atau bahagian yang berpusar.Bahagian-bahagian tersebut tentunya lebih keras dan tidak mudah retak.
Sarung berbelang hitam juga diperbuat daripada kayu pokok setar.





Selasa, 13 September 2011

Replika Keris Konvokesyen MRSM

 Sekali lagi Tok Kie menerima tempahan menyiapkan replika keris untuk konvokesyen salah sebuah MRSM. Ini kali kedua Tok Kie mendapat tempahan begini. Kali pertama dulu tempahan daripada MRSM(F) Trolak.Tempahan ini belum siap sepenuhnya.Kelihatan Tuan Pengurus Felda Gunung Besout 3 sedang beraksi dengan replika keris tersebut.






 



 Saudara Awang turut beraksi.

 "Lembing Dayang Pulang Ke Awang"

Ahad, 11 September 2011

ITEM 0041 Pisau Lapah

Item 0041 Pisau Lapah: Panjang bilah 4.5 inci diperbuat daripada steel tahan karat.Meterial ulu dan sarung diperbuat daripada kombinasi 3 jenis kayu iaitu bahagian ulunya daripada kayu ranggu.Bahagian tengah atau sarung diperbuat daripada kayu kedondong hutan manakala bahagian hujung sarung dicantumkan dengan kayu jati. Tempahan terhad ini telahpun dimiliki oleh En. Massudi salah seorang penjawat awam yang bermastautin sekitar sini. Untuk pertanyaan sila hubungi Tok Kie golokkraf.




TRANSLATOR

BLOG SEKUTU