Pra Kata

Penerbitan blog ini tercetus setelah menyaksikan kegigihan dan minat EN.HAIRI SALLEH B MAIDIN @ Tok Kie seorang anak peneroka gigih pemastautin Felda Besout 2,meneroka bidang kraf berasaskan kayu dan sebahagiannya berkualiti tinggi.Bermula melakukan aktiviti "main-main" di sudut rumah orang tuanya dan menerima tempahan secara kecil-kecilan daripada penduduk setempat.Pada awal tahun 2008 setelah mendapat restu pihak pengurusan Felda Besout 2, beliau bersama-sama rakan karib dan juga anak didiknya EN. HAMDI @ Tok Pawang memindahkan operasi perusahaan mereka ke bengkel sekarang iaitu bertempat di Pusat Kraf Felda Besout 2.Bengkel ini sedia menerima tempahan berbagai jenis barangan kraf berasaskan kayu.Keutamaan dalam pembuatan pisau,golok,keris, serta ukiran kayu.Perkhidmatan membaik pulih senjata melayu lama dan 'sepoh' juga disediakan. Kadar bayaran yang dikenakan adalah berpatutan.En. Hairi pernah dan kerap mengikuti bengkel dan pameran barangan kraf yang dianjurkan oleh pihak Felda dan badan-badan swasta yang lain.Hasil rekaannya pernah dihargai oleh YBGH Dato Dr. Yusuf Noor satu ketika dulu dengan harga RM 500.Selain itu hasil ukirannya juga selalu dijadikan cenderahati oleh pihak-pihak yang berminat.Antara kenamaan yang memiliki hasil kraf Tok Kie ialah DYMM Paduka Sri Sultan Perak dan MB Perak DS Zambry Abd. Kadir.Replika goloknya juga telah dijadikan mercu tanda dan boleh disaksikan di Felda Gunung Besout 2 berhampiran pencawang telekomunikasi FELDA Besout.Paparan gambar bengkel, peralatan dan timbunan kayu sedia untuk memenuhi permintaan dan tempahan anda.Lihat di sini .En. HAIRI @ Tok Kie juga boleh dihubungi melalui telefon 0164459155 dan En. HAMDI 0194517087. - Tokanpuakajoran.

MAAF.Sebahagian Follower tidak dapat saya follow kembali kerana tiada link yang ditinggalkan.

Rabu, 29 Disember 2010

Lawatan Deligasi UK

Dalam lawatan ke Felda Gunung Besout 2 baru-baru ini, beberapa orang deligasi dari UK sempat singgah di bengkel Tok Kie. Saya paparkan gambar-gambar mereka.

Selasa, 28 Disember 2010

Barang Lama Akan diberi Sentuhan Baru

Barang lama ini adalah kepunyaan En. Zul dan merupakan sebahagian daripada koleksi peribadi beliau. En. Zul bermastautin di Kuala Kubu Baru, Selangor. Barang ini dihantar kepada Tok Kie beberapa hari lalu untuk diberi "sentuhan" semula. Untuk pengetahuan peminat golokkraf, barangan ini mempunyai "khadam" dan mungkin dijual dengan harga yang berpatutan apabila siap kelak. Khabarnya, En. Zul juga sedang merancang untuk mengadakan ruang jualan beliau sendiri dan akan dimaklumkan apabila siap kelak.

Ahad, 26 Disember 2010

Kiriman Kayu Dari Sahabat

Berikut saya paparkan kiriman kayu dari salah seorang rakan blog http://senjatasaribas.blogspot.com/ . Kayu ranggu iaitu sejenis kayu yang mempunyai belak dan urat yang sangat cantik, sesuai dibuat sarung golok dan keris. Kayu ini telahpun ditempah oan bakal menjadi hak milik Tokan Puakajoran. Sesiapa yang berminat untuk memiliki kayu ini haruslah berurusan dengan saudara,sahabat atau kenalan yang tinggal di negeri Sarawak. Kayu ini juga pernah dijadikan sarung dan hulu pisau yang dibuat oleh Tok Kie dan dipersembahkan kepada DYMM Paduka Sultan Perak oleh Pengurusan Felda Wilayah Trolak tidak lama dulu. Rujuk http://golokkraf.blogspot.com/2010/06/golok-bersarung-kayu-ranggu.html






Sabtu, 6 November 2010

Replika Keris Golokkraf di Pesta Konvokesyen PMR MRSM Felda Kali Pertama

Bergegas ke Bandar Felda Trolak Jaya sebentar tadi. Khabarnya replika keris Tok Kie akan diarak untuk Hari Graduasi PMR MRSM FELDA KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, Trolak Jaya. Dalam kehujanan sempat juga saya ke sana dan kebetulan acara belum dilangsungkan.Tepat pukul 10.00 pagi,acarapun bermula. Berikut saya paparkan beberapa gambar yang sempat saya rakamkan sempena hari yang bersejarah itu.Replika keris istiadat dibawa masuk ke dalam dewan konvokesyen.






"Back Drop" dengan paparan replika keris hasil tangan Tok Kie.

Replika keris istiadat disemayamkan di singgahsananya.
Sebahagian ibubapa, tetamu dan jemputan yang hadir.

Dalam perjalanan pulang sempat juga Tok Kie bergambar di samping banner replika keris rekaannya.

Catatan seterusnya akan saya muatkan ke dalam http://puakajoran.blogspot.com/

Jumaat, 5 November 2010

Keris Istiadat Konvokesyen MRSM Felda Trolak

Aduhai.... malang nasib Tok kie... gambar-gambar pembikinan replika keris istiadat konvokesyen MRSM Trolak yang diambil dari masa ke masa sehingga siap pembikinannya tidak dapat saya paparkan. Semuanya berpunca daripada memori kad kamera, dan dua buah lap top saya "buat hal". Bukan sahaja gambar-gambar keris tersebut, malah gambar-gambar dan data-data lain juga turut musnah. Hanya ini yang dapat saya paparkan untuk tontonan dan kenangan Tok Kie.


Khabarnya, Replika keris ini telahpun "dibannerkan" dan digantung sekitar laluan utama ke MRSM Felda Trolak Jaya sempena konvikesyen MRSM tersebut yang akan berlangsung pada 6.11.2010. Pada hari tersebut dan hari-hari konvokesyen seterusnya replika keris itu akan diarak sebagai bermulanya acara konvokesyen MRSM Felda. Apapun, Tahniah diucapkan kepada Tok Kie kerana hasil tangannya mendapat pengiktirafan pihak MRSM Felda.

Ahad, 26 September 2010

Reka Bentuk Pelamin

Masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Salam Aidil Fitri untuk pengikut dan pengunjung laman ini. Maaf dipinta.Lama benar rasanya tidak "mengupdate" blog ini. Sibuk banyak, tugas-tugas rutin ditambah pula dengan program-program yang disusun menjelang UPSR yang baru berlalu. Selain itu giat juga mengupdate blog Puakajoran. Satu lagi blog Agrohias.blogspot.com menerima nasib yang sama seperti blog ini. Kesulitan amat dikesali. Berikut saya paparkan sebahagian kerja Tok Kie dan kroni-kroninya. Sibuk pula membuat rekaan pelaminan untuk pengantin. Kepada yang berminat bolehlah berurusan dengan Sdr. Azmi. - Tokan Puakajoran.blogspot.com/

Sabtu, 21 Ogos 2010

ITEM 0031- Golok Sarung Kayu Surian

Jenis: Golok
Jenis bilah : Besi spring.
Panjang bilah : 13 inci.
Kayu : Surian.
Reka bentuk : Tok Kie.
Harga: Tidak dinyatakan.
* Tempahan seorang sahabat.

Gambar hiasan, sdr. Fendy @ Frozen sedang membaca mentera "pemasuk" ke dalam golok.

(jangan percaya!Tiada mentera dibaca atau "pemasuk"pada item keluaran Tok Kie)

Jumaat, 6 Ogos 2010

PAGAR KAYU UNTUK TEMPAHAN

Tok Kie telah bergerak setapak lagi ke hadapan. Kali ini beliau memberanikan diri menceburkan diri dan menyelongkar tinggalan kayu bermutu tinggi yang sekian lama tertanam di dalam tanah sekitar Felda Gunung Besout. Dengan kesungguhan dan sedikit kreativiti beliau menggunakan kayu-kayu tersebut untuk membuat pagar. Di bawah saya paparkan pagar-pagar hasilan Tok Kie. Pemilik pertama rekaan beliau ialah En. Hadi salah seorang peneroka Felda Besout 3 dan sahabat kami. Seseiapa yang berminit atau ingin maklumat lanjut bolehlah berhubung sendiri dengan Tok kie.






Pergola hasilan Tok Kie yang diletakkan berhampiran rumah.
Bilah pagar yang telah disiapkan.
Sebahagian bilah pagar sedang dalam proses untuk disiapkan.
Saudara Azmi sedang menyembur cat pada bilah pagar yang ditempah.
Gambar dan Catatan: Tokan Puakajoran.

TRANSLATOR

BLOG SEKUTU