Pra Kata

Penerbitan blog ini tercetus setelah menyaksikan kegigihan dan minat EN.HAIRI SALLEH B MAIDIN @ Tok Kie seorang anak peneroka gigih pemastautin Felda Besout 2,meneroka bidang kraf berasaskan kayu dan sebahagiannya berkualiti tinggi.Bermula melakukan aktiviti "main-main" di sudut rumah orang tuanya dan menerima tempahan secara kecil-kecilan daripada penduduk setempat.Pada awal tahun 2008 setelah mendapat restu pihak pengurusan Felda Besout 2, beliau bersama-sama rakan karib dan juga anak didiknya EN. HAMDI @ Tok Pawang memindahkan operasi perusahaan mereka ke bengkel sekarang iaitu bertempat di Pusat Kraf Felda Besout 2.Bengkel ini sedia menerima tempahan berbagai jenis barangan kraf berasaskan kayu.Keutamaan dalam pembuatan pisau,golok,keris, serta ukiran kayu.Perkhidmatan membaik pulih senjata melayu lama dan 'sepoh' juga disediakan. Kadar bayaran yang dikenakan adalah berpatutan.En. Hairi pernah dan kerap mengikuti bengkel dan pameran barangan kraf yang dianjurkan oleh pihak Felda dan badan-badan swasta yang lain.Hasil rekaannya pernah dihargai oleh YBGH Dato Dr. Yusuf Noor satu ketika dulu dengan harga RM 500.Selain itu hasil ukirannya juga selalu dijadikan cenderahati oleh pihak-pihak yang berminat.Antara kenamaan yang memiliki hasil kraf Tok Kie ialah DYMM Paduka Sri Sultan Perak dan MB Perak DS Zambry Abd. Kadir.Replika goloknya juga telah dijadikan mercu tanda dan boleh disaksikan di Felda Gunung Besout 2 berhampiran pencawang telekomunikasi FELDA Besout.Paparan gambar bengkel, peralatan dan timbunan kayu sedia untuk memenuhi permintaan dan tempahan anda.Lihat di sini .En. HAIRI @ Tok Kie juga boleh dihubungi melalui telefon 0164459155 dan En. HAMDI 0194517087. - Tokanpuakajoran.

MAAF.Sebahagian Follower tidak dapat saya follow kembali kerana tiada link yang ditinggalkan.

Rabu, 26 Januari 2011

Hilang Dalam Simpanan

Malang menimpa saudara Hairi @ Tok Kie. Lebih 25 bilah golok yang telah siap diukir dan dibaik pulih lesap daripada stor simpanan bengkel Golokkraf beberapa hari lalu. Sejumlah golok kesayangan dan koleksi peribadi beliau turut hilang.Kerugian dianggarkan lebih RM 3000.00. "Bersengkang mata hingga pukul 2.00 pagi untuk menyiapkan tempahan, hilang sekelip mata" itulah ungkapan Tok Kie sewaktu saya mengunjunginya. Di sudut hati Tok Kie masih berharap agar orang yang melakukan angkara atau sesiapa yang terbeli barangan tersebut dapat memulangkan kepadanya.

Ruang pameran dan tempat simpanan hasil kerja tangan Tok Kie.
Mangga telah dipotong.
Hanya ini yang tinggal di sudut pameran.

Ruang simpanan ini juga kosong.

Peralatan pancing tidak diusik.
Kosong.
Kosong.

Ditinggalkan... golok yang masih dalam pembikinan dan masih di tempatkan di ruang pembikinan tidak diambil.


Tok Kie sedang memberi keterangan kepada pegawai penyiasat polis lewat petang kejadian.



Antara koleksi yang dilaporkan hilang (gambar arkib)




Mohon kerja sama rakan-rakan atau sesiapa yang didatangi oleh penjual peralatan seperti yang dipaparkan, agar dapat menghubungi Tok Kie.

Ahad, 16 Januari 2011

Barang Lama Sentuhan Tok Kie GolokKraf

Beberapa hari lalu saya telah paparkan sebilah golok lama kepunyaan En. Zul, seorang pengumpul barangan antik berlokasi di Kuala Kubu untuk diberi sentuhan semula oleh Tok Kie Golokkraf. Tempahan itu telahpun disiapkan dan telahpun diambil oleh pemiliknya. saya paparkan hasil sentuhan Tok Kie.

Sentuhan Tok Kie.
Wajah golok sebelumnya.
Setelah diberi sentuhan semula.









TRANSLATOR

BLOG SEKUTU