Pra Kata

Penerbitan blog ini tercetus setelah menyaksikan kegigihan dan minat EN.HAIRI SALLEH B MAIDIN @ Tok Kie seorang anak peneroka gigih pemastautin Felda Besout 2,meneroka bidang kraf berasaskan kayu dan sebahagiannya berkualiti tinggi.Bermula melakukan aktiviti "main-main" di sudut rumah orang tuanya dan menerima tempahan secara kecil-kecilan daripada penduduk setempat.Pada awal tahun 2008 setelah mendapat restu pihak pengurusan Felda Besout 2, beliau bersama-sama rakan karib dan juga anak didiknya EN. HAMDI @ Tok Pawang memindahkan operasi perusahaan mereka ke bengkel sekarang iaitu bertempat di Pusat Kraf Felda Besout 2.Bengkel ini sedia menerima tempahan berbagai jenis barangan kraf berasaskan kayu.Keutamaan dalam pembuatan pisau,golok,keris, serta ukiran kayu.Perkhidmatan membaik pulih senjata melayu lama dan 'sepoh' juga disediakan. Kadar bayaran yang dikenakan adalah berpatutan.En. Hairi pernah dan kerap mengikuti bengkel dan pameran barangan kraf yang dianjurkan oleh pihak Felda dan badan-badan swasta yang lain.Hasil rekaannya pernah dihargai oleh YBGH Dato Dr. Yusuf Noor satu ketika dulu dengan harga RM 500.Selain itu hasil ukirannya juga selalu dijadikan cenderahati oleh pihak-pihak yang berminat.Antara kenamaan yang memiliki hasil kraf Tok Kie ialah DYMM Paduka Sri Sultan Perak dan MB Perak DS Zambry Abd. Kadir.Replika goloknya juga telah dijadikan mercu tanda dan boleh disaksikan di Felda Gunung Besout 2 berhampiran pencawang telekomunikasi FELDA Besout.Paparan gambar bengkel, peralatan dan timbunan kayu sedia untuk memenuhi permintaan dan tempahan anda.Lihat di sini .En. HAIRI @ Tok Kie juga boleh dihubungi melalui telefon 0164459155 dan En. HAMDI 0194517087. - Tokanpuakajoran.

MAAF.Sebahagian Follower tidak dapat saya follow kembali kerana tiada link yang ditinggalkan.

Jumaat, 24 Julai 2009

Contoh pisau yang belum siap dan bilah tumbuk lada




Contoh tempahan yang belum siap
Harga: RM 120 ++ setelah siap
Jenis kayu: Pilihan sendiri
Hak cipta : Madhuca Craft
Tel:0194517087 - En. Hamdi

Replika baru



Replika terbaru Madhuca Craft

Khamis, 23 Julai 2009

Contoh hasilan lain












BOLEH DITEMPAH SEKARANG & HARGA BOLEH DIRUNDING!!!!!!!

Rabu, 22 Julai 2009

Latar belakang dan sejarah






* Idea asal bermula daripada minat EN. HAIRI B MAIDIN @ Tok kie seorang anak peneroka gigih Felda Besout 2, dalam meneroka bidang kraff berasaskan kayu berkualiti tinggi. Bermula melakukan aktiviti kecil kecilan di sudut rumah orang tuanya dan menerima tempahan daripada penduduk setempat. Pada awal tahun 2008 setelah mendapat restu pihak pengurusan Felda Besout 2, beliau bersama rakan karib dan juga anak didiknya EN. HAMDI @ Tok Pawang memindahkan operasi perusahaan mereka ke bengkel sekarang iaitu bertempat di Pusat Kraff Felda Besout 2. Bengkel ini sedia menerima tempahan berbagai jenis barangan kraff berasaskan kayu. Keutamaan dalam pembuatan pisau,golok,keris, serta ukiran kayu. Perkhidmatan membaik pulih senjata melayu lama dan 'sepoh' juga disediakan. Kadar bayaran yang dikenakan adalah berpatutan.
* En. Hairi pernah dan kerap mengikuti bengkel dan pameran barangan kraf yang dianjurkan oleh pihak Felda dan badan-badan swasta yang lain. Hasil rekaannya pernah dibeli oleh YBGH Dato Dr Yusuf Noor satu ketika dulu dengan harga RM 500. Selain itu hasil ukirannya juga selalu dijadikan cenderahati oleh pihak-pihak yang berminat. Replika goloknya telah dijadikan mercu tanda dan boleh disaksikan di Felda Gunung Besout 2 berhampiran pencawang telekomunikasi.
*Di atas adalah sebahagian gambar bengkel, peralatan dan timbunan kayu sedia untuk memenuhi permintaan dan tempahan anda. En. HAIRI boleh dihubungi melalui telefon 0164459155 dan En. HAMDI 0194517087.

Selasa, 21 Julai 2009

ITEM 0009 Golok

Item : 009
Jenis : Golok
Jenis mata : Besi putih
Jenis kayu : Surian
Panjang mata : 12 inci
Hak Cipta: Hairi @ Tok Kie (0164459155)
Kegunan : Cenderahati, hiasan,pelbagai
Harga : RM 380 ++

ITEM 0008 Golok



Item : 0008
Jenis : Golok
Panjang mata : 12 inci
Jenis mata : Besi putih
Jenis kayu : Surian, Rhu, Kayu Pendarahan Arang, Sepetir.
Hak Cipta : Hairi @ Tok Kie (016 4459155) Madhuca Craft 001865562-D
Kegunaan : Pameran, cenderahati @ pelbagai
Harga : RM 380 ++

ITEM 0007 Pisau





Item : 007
Jenis : Pisau kecil
Panjang mata : 5 inci
Jenis kayu : Tidak diketahui
Jenis mata : Paku reel
Kegunaan : Peribadi
Harga : Tidak untuk dijual
Hak Cipta : Lee Panglima

ITEM 0006 Golok






Item : 0006
Jenis : Golok
Panjang mata : 16 inci
Jenis mata : Besi spring
Jenis kayu : Ciku
Kegunaan : Mencantas @ memotong
Harga : RM 230 ++

ITEM 0005 Golok





Item : 0005
Jenis : Pisau biasa
Panjang mata : 7 inci
Jenis mata : Besi spring
Jenis kayu : Surian
Langgu : Gold
Kegunaan : Aktiviti berburu @ memancing
Harga : RM 120 ++

Isnin, 20 Julai 2009

ITEM 0004 Golok


Item : 0004
Panjang Mata : 11 inci
Jenis kayu: Surian
Jenis besi: Spring
Langgu: Gold
Kegunaan: Sesuai untuk sembelihan
Harga: RM 180 ++
* HAK MILIK tokan

Selasa, 14 Julai 2009

ITEM 0003 Pisau


Item : 003
Jenis kayu :Sepetir
Panjang mata : 20 cm
Langgu : Silver
Harga : RM90++

Isnin, 13 Julai 2009

ITEM 0002 Golok & pisau


Item : 0002
Jenis : Golok
Panjang mata : 25 cm
Kayu : Sepetir
Jenis besi : Besi spring
Langgu : Silver
Harga : RM 90 ++

ITEM 0001 Pisau

Item :001
Jenis : Pisau biasa
Panjang : 20 cm
Kayu : Sepetir
Langgu : Silver
Harga : RM 90.00 ++

Ahad, 12 Julai 2009

Golok sarung sepetir, surian, ciku, kedondong hutan dll.

Kepada peminat dan pencari golok di sini saya akan meperlihatkan jenis golok
yg bakal menjadi tarikan kepada anda..., stay tune...

TRANSLATOR

BLOG SEKUTU