Pra Kata

Penerbitan blog ini tercetus setelah menyaksikan kegigihan dan minat EN.HAIRI SALLEH B MAIDIN @ Tok Kie seorang anak peneroka gigih pemastautin Felda Besout 2,meneroka bidang kraf berasaskan kayu dan sebahagiannya berkualiti tinggi.Bermula melakukan aktiviti "main-main" di sudut rumah orang tuanya dan menerima tempahan secara kecil-kecilan daripada penduduk setempat.Pada awal tahun 2008 setelah mendapat restu pihak pengurusan Felda Besout 2, beliau bersama-sama rakan karib dan juga anak didiknya EN. HAMDI @ Tok Pawang memindahkan operasi perusahaan mereka ke bengkel sekarang iaitu bertempat di Pusat Kraf Felda Besout 2.Bengkel ini sedia menerima tempahan berbagai jenis barangan kraf berasaskan kayu.Keutamaan dalam pembuatan pisau,golok,keris, serta ukiran kayu.Perkhidmatan membaik pulih senjata melayu lama dan 'sepoh' juga disediakan. Kadar bayaran yang dikenakan adalah berpatutan.En. Hairi pernah dan kerap mengikuti bengkel dan pameran barangan kraf yang dianjurkan oleh pihak Felda dan badan-badan swasta yang lain.Hasil rekaannya pernah dihargai oleh YBGH Dato Dr. Yusuf Noor satu ketika dulu dengan harga RM 500.Selain itu hasil ukirannya juga selalu dijadikan cenderahati oleh pihak-pihak yang berminat.Antara kenamaan yang memiliki hasil kraf Tok Kie ialah DYMM Paduka Sri Sultan Perak dan MB Perak DS Zambry Abd. Kadir.Replika goloknya juga telah dijadikan mercu tanda dan boleh disaksikan di Felda Gunung Besout 2 berhampiran pencawang telekomunikasi FELDA Besout.Paparan gambar bengkel, peralatan dan timbunan kayu sedia untuk memenuhi permintaan dan tempahan anda.Lihat di sini .En. HAIRI @ Tok Kie juga boleh dihubungi melalui telefon 0164459155 dan En. HAMDI 0194517087. - Tokanpuakajoran.

MAAF.Sebahagian Follower tidak dapat saya follow kembali kerana tiada link yang ditinggalkan.

Ahad, 22 November 2009

Proses Membuat Sarung Dan Ulu Golok

Seingat saya, di awal kemunculan blog ini dahulu ada beberapa pengunjung yang ingin mengetahui bagaimana proses membuat golok dilakukan. Pada kali ini saya tidak dapat menunjukkan bagaimana proses membuat golok sepenuhnya kerana beberapa kesulitan namun saya dan Tok Kie cuba memuatkan beberapa proses membuat sarung dan ulu golok sekadar yang terdaya.


1. Proses dimulakan dengan mengenalpasti jenis kayu yang sesuai dan berkualiti di lokasi yang dirahsiakan. Setelah mendapat kebenaran daripada pihak-pihak tertentu, maka pohon balak tersebut ditebang. Berikut disiarkan aksi Tok Kie sedang menebang pokok surian yang besarnya "boleh tahan la...". Walaubagaimanapun aksi tersebut tidak dapat dihabiskan kerana beberapa masalah teknikal....

2. Balak yang telah ditumbangkan. Mengambil masa yang agak lama untuk dibelah dan dianggkut keluar sebelum dapat dijadikan sarung dan ulu golok.



3. Lakaran dibuat diatas papan yang telah dibelah kecil

4. Menyukat atau mengacu bentuk golok

5. Pahat digunakan untuk membentuk longkang pada sarung golok

6. Golok diacukan dengan sarung untuk memastikan tidak terlalu longgar atau ketat setelah proses menangkup kedua-dua belah sarung.
7. Memastikan sarung dan bilah sesuai dan kemas.
8. Gam kayu disapu pada kedua-dua belah sarung.
9. Sarung kemudiannya ditangkup dan dirapatkan menggunakan alat penangkup.
10. Sarung dan mata golok dipadankan dan ditarah untuk mendapatkan bentuk kasar.
11. Bentuk kasar sarung golok menanti proses selanjutnya.
Langkah seterusnya akan dimuatkan dalam catatan akan datang - Tokan

Sabtu, 21 November 2009

ITEM 0015 Golok

Ini adalah gambar golok tempahan salah seorang penjawat awam yang bermastautin di Bukit Aman. Menurut sdr. Hairi sarung dan hulunya diperbuat daripada kayu surian. Harganya RM 280.00






ITEM 0014 Pisau Kecil

Proses membuat pisau yang kecil ini agak rumit kerana bentuknya yang kecil ditambah pula pemilihan kayu yang kadangkala keras atau terlalu lembut serta kedudukan urat kayu yang tidak menentu. Namun atas permintaan pelanggan walau sekecil mana atau apa bentuk sekalipun terpaksa dipenuhi juga. Berikut ditunjukkan dua bilah pisau kecil tempahan seorang warga pendidik di UPSI. Harga tempahan pisau keci ini ialah RM 60.00. Kayu yang digunakan ialah dari jenis surian.









ITEM 0013 Lading

Lading tempahan En. Kamarul Zaman Pengurus PTS Trolak Utara
sarung kayu surian. Harga untuk tempahan ini ialah RM 150.00(tidak termasuk bilah/mata)



Aksi Anak Saudara Tok Kie

Meja dan tempat duduk ini telah dimiliki oleh (Cikgu Ahmad Rafie) seorang warga pendidik sekitar sini. Gambar bawah, anak saudara Tok Kie nak cuba nasib, belajar jadi model.




TRANSLATOR

BLOG SEKUTU