Pra Kata

Penerbitan blog ini tercetus setelah menyaksikan kegigihan dan minat EN.HAIRI SALLEH B MAIDIN @ Tok Kie seorang anak peneroka gigih pemastautin Felda Besout 2,meneroka bidang kraf berasaskan kayu dan sebahagiannya berkualiti tinggi.Bermula melakukan aktiviti "main-main" di sudut rumah orang tuanya dan menerima tempahan secara kecil-kecilan daripada penduduk setempat.Pada awal tahun 2008 setelah mendapat restu pihak pengurusan Felda Besout 2, beliau bersama-sama rakan karib dan juga anak didiknya EN. HAMDI @ Tok Pawang memindahkan operasi perusahaan mereka ke bengkel sekarang iaitu bertempat di Pusat Kraf Felda Besout 2.Bengkel ini sedia menerima tempahan berbagai jenis barangan kraf berasaskan kayu.Keutamaan dalam pembuatan pisau,golok,keris, serta ukiran kayu.Perkhidmatan membaik pulih senjata melayu lama dan 'sepoh' juga disediakan. Kadar bayaran yang dikenakan adalah berpatutan.En. Hairi pernah dan kerap mengikuti bengkel dan pameran barangan kraf yang dianjurkan oleh pihak Felda dan badan-badan swasta yang lain.Hasil rekaannya pernah dihargai oleh YBGH Dato Dr. Yusuf Noor satu ketika dulu dengan harga RM 500.Selain itu hasil ukirannya juga selalu dijadikan cenderahati oleh pihak-pihak yang berminat.Antara kenamaan yang memiliki hasil kraf Tok Kie ialah DYMM Paduka Sri Sultan Perak dan MB Perak DS Zambry Abd. Kadir.Replika goloknya juga telah dijadikan mercu tanda dan boleh disaksikan di Felda Gunung Besout 2 berhampiran pencawang telekomunikasi FELDA Besout.Paparan gambar bengkel, peralatan dan timbunan kayu sedia untuk memenuhi permintaan dan tempahan anda.Lihat di sini .En. HAIRI @ Tok Kie juga boleh dihubungi melalui telefon 0164459155 dan En. HAMDI 0194517087. - Tokanpuakajoran.

MAAF.Sebahagian Follower tidak dapat saya follow kembali kerana tiada link yang ditinggalkan.

Rabu, 21 September 2011

Kayu Kundang atau Kayu Pokok Setar

Kayu kundang atau kayu pokok setar juga mempunyai corak yang menarik dan sesuai dijadikan hulu atau sarung golok.Walau bagaimanapun agar sukar untuk membentuk kayu ini kerana kayu ini agak rapuh dan mudah retak.Kehendak pelanggan seharusnya diikuti.Berikut saya paparkan contoh hulu golok yang diperbuat daripada kayu pokok setar.Nasihat saya, jika anda ingin juga membuat perkakasan kraf daripada kayu ini, bahagian-bahagian pokok yang terpilih amat diperlukan seperti bahagian teras atau bahagian yang berpusar.Bahagian-bahagian tersebut tentunya lebih keras dan tidak mudah retak.
Sarung berbelang hitam juga diperbuat daripada kayu pokok setar.





Selasa, 13 September 2011

Replika Keris Konvokesyen MRSM

 Sekali lagi Tok Kie menerima tempahan menyiapkan replika keris untuk konvokesyen salah sebuah MRSM. Ini kali kedua Tok Kie mendapat tempahan begini. Kali pertama dulu tempahan daripada MRSM(F) Trolak.Tempahan ini belum siap sepenuhnya.Kelihatan Tuan Pengurus Felda Gunung Besout 3 sedang beraksi dengan replika keris tersebut.






 



 Saudara Awang turut beraksi.

 "Lembing Dayang Pulang Ke Awang"

Ahad, 11 September 2011

ITEM 0041 Pisau Lapah

Item 0041 Pisau Lapah: Panjang bilah 4.5 inci diperbuat daripada steel tahan karat.Meterial ulu dan sarung diperbuat daripada kombinasi 3 jenis kayu iaitu bahagian ulunya daripada kayu ranggu.Bahagian tengah atau sarung diperbuat daripada kayu kedondong hutan manakala bahagian hujung sarung dicantumkan dengan kayu jati. Tempahan terhad ini telahpun dimiliki oleh En. Massudi salah seorang penjawat awam yang bermastautin sekitar sini. Untuk pertanyaan sila hubungi Tok Kie golokkraf.




Sabtu, 10 September 2011

Petai Belalang Kayu Tahan Lasak

Petai belalang, sejenis tumbuhan spara hutan, senang membiak hasil percambahan benih yang banyak.Hasil kayu pokok petai belalang yang matang dapat dijadikan peralatan seperti sarung atau ulu golok yang kekal lama dan tahan lasak.

Pucuk petai belalang boleh dijadikan ulaman atau sayuran dan dikatakan berkhasiat, juga dipercayai dapat mengawal penyakit darah tinggi serta kencing manis bagi pengamal yang memakannya secara berterusan selama beberapa waktu.
Pohon petai belalang yang masih kecil.
Buah petai belalang juga boleh dimakan.Dimasak sambal atau dijadikan ulam.

Pokok ini juga boleh dijadikan tanaman hiasan atau teduhan namun agak sukar dikawal kerana percambahannya yang cepat. Selain itu, pokok ini mudah membesar dan dikhuatiri membahayakan kediaman.
Walaupun tumbuhan ini nampak lembut tetapi menghasilkan teras yang cukup keras apabila matang. Semakin besar pokok semakin baik kayu yang dihasilkan.
Hasil tangan Tok Kie golokkraf daripada teras kayu petai belalang.Golok ini kepunyaan sdr. BR blogger Blues Rider.bogspot.com.

Isnin, 5 September 2011

ITEM 0040 - Golok - Pertemuan Dengan Pawang

ITEM 0040 - Golok sepanjang 11 inci.Bilah yang diperbuat daripada besi spring.Ulu dan sarungnya daripada kayu surian. Harga RM 150.00 ++. Berminat, hubungi Tok Kie.


Kesempatan ini juga kami gunakan untuk bertemu dan berbual-bual denga Tok Pawang Hamdi yang pulang bercuti sempena Aidil fitri. Hari ini, Tok Pawang akan berangkat pulang ke Labuan bersama-sama keluarganya.Selamat Tok Pawang...tidak berkesempatan untuk menjoran.Lain kali, InsyaAllah....lamalah sikit bercuti tu.....

Pertemuan antara guru dan murid golokkraf.
Selamat berangkat dan bertemu kembali.

ITEM 0039 Pisau - Tempahan Sahabat

Dikesempatan ini saya kira masih belum terlalu lewat untuk kami sidang redaksi golokkraf menghulurkan salam Aidilfitri kepada peminat dan pengunjung setia laman ini. Maaf zahir batin atas kesalahan dan kesilapan. Berikut saya paparkan lagi satu tempahan sahabat yang baru disiapkan oleh Tok Kie beberapa hari lalu.Pemiliknya adalah bapa saudara saya, salah seorang kakitangan Kastam Diraja Malaysia.Asalnya item ini telahpun disempurnakan oleh tukang golok di tempat lain. Oleh sebab telah dimakan usia, maka pemiliknya mendapatkan Tok Kie golokkraf untuk diberi sentuhan semula.

Panjang bilah lebih kurang 11 inci dan diperbuat daripada besi spring. Ulu dan sarungnya dibikin daripada kayu surian.

TRANSLATOR

BLOG SEKUTU