Pra Kata

Penerbitan blog ini tercetus setelah menyaksikan kegigihan dan minat EN.HAIRI SALLEH B MAIDIN @ Tok Kie seorang anak peneroka gigih pemastautin Felda Besout 2,meneroka bidang kraf berasaskan kayu dan sebahagiannya berkualiti tinggi.Bermula melakukan aktiviti "main-main" di sudut rumah orang tuanya dan menerima tempahan secara kecil-kecilan daripada penduduk setempat.Pada awal tahun 2008 setelah mendapat restu pihak pengurusan Felda Besout 2, beliau bersama-sama rakan karib dan juga anak didiknya EN. HAMDI @ Tok Pawang memindahkan operasi perusahaan mereka ke bengkel sekarang iaitu bertempat di Pusat Kraf Felda Besout 2.Bengkel ini sedia menerima tempahan berbagai jenis barangan kraf berasaskan kayu.Keutamaan dalam pembuatan pisau,golok,keris, serta ukiran kayu.Perkhidmatan membaik pulih senjata melayu lama dan 'sepoh' juga disediakan. Kadar bayaran yang dikenakan adalah berpatutan.En. Hairi pernah dan kerap mengikuti bengkel dan pameran barangan kraf yang dianjurkan oleh pihak Felda dan badan-badan swasta yang lain.Hasil rekaannya pernah dihargai oleh YBGH Dato Dr. Yusuf Noor satu ketika dulu dengan harga RM 500.Selain itu hasil ukirannya juga selalu dijadikan cenderahati oleh pihak-pihak yang berminat.Antara kenamaan yang memiliki hasil kraf Tok Kie ialah DYMM Paduka Sri Sultan Perak dan MB Perak DS Zambry Abd. Kadir.Replika goloknya juga telah dijadikan mercu tanda dan boleh disaksikan di Felda Gunung Besout 2 berhampiran pencawang telekomunikasi FELDA Besout.Paparan gambar bengkel, peralatan dan timbunan kayu sedia untuk memenuhi permintaan dan tempahan anda.Lihat di sini .En. HAIRI @ Tok Kie juga boleh dihubungi melalui telefon 0164459155 dan En. HAMDI 0194517087. - Tokanpuakajoran.

MAAF.Sebahagian Follower tidak dapat saya follow kembali kerana tiada link yang ditinggalkan.

Isnin, 17 Mei 2010

Pergola

Berehat sebentar daripada menyiapkan tempahan golok dan pisau. Kini Tok Kie sedang menyiapkan "pergola" tempahan rakan-rakan.
En. Adi pemilik pertama pergola buatan Tok Kie.



Tok Kie tersenyum puas dengan hasil tangan.

Ahad, 9 Mei 2010

Item 27, 28 dan 29 Sold Out

Setelah dua hari diiklankan, Bengkel Golokkraf dikunjungi sekumpulan kakitangan Felda Pusat dan Wilayah. Kesemua pisau dan golok yang dipamerkan beberapa hari lalu telah terjual. Kepada penggemar golokkraf nantikan keluaran berikutnya.Terima kasih atas sokongan.

Jumaat, 7 Mei 2010

Pergola Hasil Terkini Tok Kie

Asal kayu jadi kraf. Begitulah kerja Tok Kie. Menyediakan hasil kraf mengikut cita rasa peminat.
Hasilan ini dipaparkan untuk tatapan peminat Pergola. Tempahan boleh dibuat namun penghantaran adalah urusan penempahnya.Untuk makluman kayu yang digunakan ialah kayu medang yang dibelah sendiri.

Khamis, 6 Mei 2010

ITEM :0029 Golok Sembelihan

Jenis : Golok sembelihan
Jenis bilah : Steel @ besi tahan karat
Panjang bilah : 12 inci
Jenis kayu : Surian
Harga : RM 250.00
* Berminat,hubungi Tok Kie.

ITEM 0028 Pisau

Jenis : Pisau
Jenis bilah :Besi spring
Panjang bilah: 6 inci
Jenis kayu : Surian
Harga: RM 60.00
* Barangan terhad.

ITEM 0027 Pisau

Jenis : Pisau
Jenis bilah : Besi spring
Panjang bilah : 6 Inci
Jenis kayu : Sepetir dan surian
Harga: Rm 50.00 - RM 60.00 tidak termasuk belanja pos.

* Barangan terhad.Hanya 10 bilah telah disiapkan. Berminat hubungi Tok Kie segera.

TRANSLATOR

BLOG SEKUTU