Pra Kata

Penerbitan blog ini tercetus setelah menyaksikan kegigihan dan minat EN.HAIRI SALLEH B MAIDIN @ Tok Kie seorang anak peneroka gigih pemastautin Felda Besout 2,meneroka bidang kraf berasaskan kayu dan sebahagiannya berkualiti tinggi.Bermula melakukan aktiviti "main-main" di sudut rumah orang tuanya dan menerima tempahan secara kecil-kecilan daripada penduduk setempat.Pada awal tahun 2008 setelah mendapat restu pihak pengurusan Felda Besout 2, beliau bersama-sama rakan karib dan juga anak didiknya EN. HAMDI @ Tok Pawang memindahkan operasi perusahaan mereka ke bengkel sekarang iaitu bertempat di Pusat Kraf Felda Besout 2.Bengkel ini sedia menerima tempahan berbagai jenis barangan kraf berasaskan kayu.Keutamaan dalam pembuatan pisau,golok,keris, serta ukiran kayu.Perkhidmatan membaik pulih senjata melayu lama dan 'sepoh' juga disediakan. Kadar bayaran yang dikenakan adalah berpatutan.En. Hairi pernah dan kerap mengikuti bengkel dan pameran barangan kraf yang dianjurkan oleh pihak Felda dan badan-badan swasta yang lain.Hasil rekaannya pernah dihargai oleh YBGH Dato Dr. Yusuf Noor satu ketika dulu dengan harga RM 500.Selain itu hasil ukirannya juga selalu dijadikan cenderahati oleh pihak-pihak yang berminat.Antara kenamaan yang memiliki hasil kraf Tok Kie ialah DYMM Paduka Sri Sultan Perak dan MB Perak DS Zambry Abd. Kadir.Replika goloknya juga telah dijadikan mercu tanda dan boleh disaksikan di Felda Gunung Besout 2 berhampiran pencawang telekomunikasi FELDA Besout.Paparan gambar bengkel, peralatan dan timbunan kayu sedia untuk memenuhi permintaan dan tempahan anda.Lihat di sini .En. HAIRI @ Tok Kie juga boleh dihubungi melalui telefon 0164459155 dan En. HAMDI 0194517087. - Tokanpuakajoran.

MAAF.Sebahagian Follower tidak dapat saya follow kembali kerana tiada link yang ditinggalkan.

Jumaat, 27 Mei 2011

ITEM 0036 Golok Tempahan Sahabat Batang Kali

Golok sepanjang 13 inci hasil kombinasi 3 jenis kayu iaitu surian, kayu jati pada bahagian samping dan merbau tanduk pada bahagian hujung sarung. Bilah besi spring.







Golok dan Pisau Tempahan Sahabat Kuala Lumpur

Jenis kayu surian (atas ) petai belalang (tengah) surian (bawah). Bilah besi spring. Panjang item atas dan tengah 7 inci. Bawah 5 inci.





TRANSLATOR

BLOG SEKUTU