Pra Kata

Penerbitan blog ini tercetus setelah menyaksikan kegigihan dan minat EN.HAIRI SALLEH B MAIDIN @ Tok Kie seorang anak peneroka gigih pemastautin Felda Besout 2,meneroka bidang kraf berasaskan kayu dan sebahagiannya berkualiti tinggi.Bermula melakukan aktiviti "main-main" di sudut rumah orang tuanya dan menerima tempahan secara kecil-kecilan daripada penduduk setempat.Pada awal tahun 2008 setelah mendapat restu pihak pengurusan Felda Besout 2, beliau bersama-sama rakan karib dan juga anak didiknya EN. HAMDI @ Tok Pawang memindahkan operasi perusahaan mereka ke bengkel sekarang iaitu bertempat di Pusat Kraf Felda Besout 2.Bengkel ini sedia menerima tempahan berbagai jenis barangan kraf berasaskan kayu.Keutamaan dalam pembuatan pisau,golok,keris, serta ukiran kayu.Perkhidmatan membaik pulih senjata melayu lama dan 'sepoh' juga disediakan. Kadar bayaran yang dikenakan adalah berpatutan.En. Hairi pernah dan kerap mengikuti bengkel dan pameran barangan kraf yang dianjurkan oleh pihak Felda dan badan-badan swasta yang lain.Hasil rekaannya pernah dihargai oleh YBGH Dato Dr. Yusuf Noor satu ketika dulu dengan harga RM 500.Selain itu hasil ukirannya juga selalu dijadikan cenderahati oleh pihak-pihak yang berminat.Antara kenamaan yang memiliki hasil kraf Tok Kie ialah DYMM Paduka Sri Sultan Perak dan MB Perak DS Zambry Abd. Kadir.Replika goloknya juga telah dijadikan mercu tanda dan boleh disaksikan di Felda Gunung Besout 2 berhampiran pencawang telekomunikasi FELDA Besout.Paparan gambar bengkel, peralatan dan timbunan kayu sedia untuk memenuhi permintaan dan tempahan anda.Lihat di sini .En. HAIRI @ Tok Kie juga boleh dihubungi melalui telefon 0164459155 dan En. HAMDI 0194517087. - Tokanpuakajoran.

MAAF.Sebahagian Follower tidak dapat saya follow kembali kerana tiada link yang ditinggalkan.

Sabtu, 21 Ogos 2010

ITEM 0031- Golok Sarung Kayu Surian

Jenis: Golok
Jenis bilah : Besi spring.
Panjang bilah : 13 inci.
Kayu : Surian.
Reka bentuk : Tok Kie.
Harga: Tidak dinyatakan.
* Tempahan seorang sahabat.

Gambar hiasan, sdr. Fendy @ Frozen sedang membaca mentera "pemasuk" ke dalam golok.

(jangan percaya!Tiada mentera dibaca atau "pemasuk"pada item keluaran Tok Kie)

Jumaat, 6 Ogos 2010

PAGAR KAYU UNTUK TEMPAHAN

Tok Kie telah bergerak setapak lagi ke hadapan. Kali ini beliau memberanikan diri menceburkan diri dan menyelongkar tinggalan kayu bermutu tinggi yang sekian lama tertanam di dalam tanah sekitar Felda Gunung Besout. Dengan kesungguhan dan sedikit kreativiti beliau menggunakan kayu-kayu tersebut untuk membuat pagar. Di bawah saya paparkan pagar-pagar hasilan Tok Kie. Pemilik pertama rekaan beliau ialah En. Hadi salah seorang peneroka Felda Besout 3 dan sahabat kami. Seseiapa yang berminit atau ingin maklumat lanjut bolehlah berhubung sendiri dengan Tok kie.






Pergola hasilan Tok Kie yang diletakkan berhampiran rumah.
Bilah pagar yang telah disiapkan.
Sebahagian bilah pagar sedang dalam proses untuk disiapkan.
Saudara Azmi sedang menyembur cat pada bilah pagar yang ditempah.
Gambar dan Catatan: Tokan Puakajoran.

ITEM 0030 - Pisau Kecil Sarung Kayu Kemuning

Jenis: Pisau kecil
Jenis bilah : Besi spring.
Panjang bilah : 5.5 inci.
Kayu : Kemuning dan ditanggam sedikit kayu surian.
Reka bentuk : Azmi
Harga: Tidak dinyatakan.

* Azmi merupakan pembantu Tok Kie yang baru bekerja di bengkel Golokkraf beberapa minggu lalu. Untuk tempahan atau rundingan harga hubungi saudara Azmi - 0195472624












Dicatat oleh:Tokan Puakajoran.

TRANSLATOR

BLOG SEKUTU