Pra Kata

Penerbitan blog ini tercetus setelah menyaksikan kegigihan dan minat EN.HAIRI SALLEH B MAIDIN @ Tok Kie seorang anak peneroka gigih pemastautin Felda Besout 2,meneroka bidang kraf berasaskan kayu dan sebahagiannya berkualiti tinggi.Bermula melakukan aktiviti "main-main" di sudut rumah orang tuanya dan menerima tempahan secara kecil-kecilan daripada penduduk setempat.Pada awal tahun 2008 setelah mendapat restu pihak pengurusan Felda Besout 2, beliau bersama-sama rakan karib dan juga anak didiknya EN. HAMDI @ Tok Pawang memindahkan operasi perusahaan mereka ke bengkel sekarang iaitu bertempat di Pusat Kraf Felda Besout 2.Bengkel ini sedia menerima tempahan berbagai jenis barangan kraf berasaskan kayu.Keutamaan dalam pembuatan pisau,golok,keris, serta ukiran kayu.Perkhidmatan membaik pulih senjata melayu lama dan 'sepoh' juga disediakan. Kadar bayaran yang dikenakan adalah berpatutan.En. Hairi pernah dan kerap mengikuti bengkel dan pameran barangan kraf yang dianjurkan oleh pihak Felda dan badan-badan swasta yang lain.Hasil rekaannya pernah dihargai oleh YBGH Dato Dr. Yusuf Noor satu ketika dulu dengan harga RM 500.Selain itu hasil ukirannya juga selalu dijadikan cenderahati oleh pihak-pihak yang berminat.Antara kenamaan yang memiliki hasil kraf Tok Kie ialah DYMM Paduka Sri Sultan Perak dan MB Perak DS Zambry Abd. Kadir.Replika goloknya juga telah dijadikan mercu tanda dan boleh disaksikan di Felda Gunung Besout 2 berhampiran pencawang telekomunikasi FELDA Besout.Paparan gambar bengkel, peralatan dan timbunan kayu sedia untuk memenuhi permintaan dan tempahan anda.Lihat di sini .En. HAIRI @ Tok Kie juga boleh dihubungi melalui telefon 0164459155 dan En. HAMDI 0194517087. - Tokanpuakajoran.

MAAF.Sebahagian Follower tidak dapat saya follow kembali kerana tiada link yang ditinggalkan.

Rabu, 16 Jun 2010

ITEM 0035 Golok Kayu Ranggu Istimewa

Inilah gambar terbaru golok kayu ranggu(kayu kiriman tuan senjata saribas) hasil tangan Tok Kie Golokkraf yang tidak sempat dirakamkan beberapa minggu lalu. Rupanya, telah menjadi persembahan kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak sempena lawatan baginda mencemar duli berkunjung ke Program Santapan Bersama Rakyat sempena Hari Keputraan Baginda di Hot Spring Park, Felda Sungai Kelah baru-baru ini. Gambar ini telah dikirimkan dengan ikhsan Tuan Pengurus Felda Besout 03. Daulat Tuanku! hamba rakyat menjunjung kasih.


Selasa, 1 Jun 2010

ITEM 0034 Golok Bersarung Kayu Ranggu

Sebulan yang lalu Golokkraft menerima kiriman kayu istimewa daripada penulis blog senjatasaribas.blogspot.com. Terima kasih Tuan Sejata Saribas.Setelah beberapa ketika terhasillah sebilah golok oleh Tok Kie. Saya sempat menyaksikan pembikinan sarung golok tersebut dan pada saya memang menarik corak kayu ranggu. Saya juga berkira-kira untuk mendapatkannya suatu hari nanti.

Bahagian dagu sarung.

Bahagian Hulu.
Sarung ditambahi kayu malam pada hujungnya.
Walau bagaimanapun kami sedikit terkilan kerana golok yang dibikin untuk simpanan sendiri dan belum sempat disiapkan sepenuhnya serta belum pula sempat diambil gambar, telah "dicuri" oleh seseorang dengan alasan untuk diberikan kepada VVIP sebagai cenderahati. Jika tiada aral, kami akan cuba dapatkan maklumat lanjut siapa VVIP itu sedikit masa lagi.

TRANSLATOR

BLOG SEKUTU