Pra Kata

Penerbitan blog ini tercetus setelah menyaksikan kegigihan dan minat EN.HAIRI SALLEH B MAIDIN @ Tok Kie seorang anak peneroka gigih pemastautin Felda Besout 2,meneroka bidang kraf berasaskan kayu dan sebahagiannya berkualiti tinggi.Bermula melakukan aktiviti "main-main" di sudut rumah orang tuanya dan menerima tempahan secara kecil-kecilan daripada penduduk setempat.Pada awal tahun 2008 setelah mendapat restu pihak pengurusan Felda Besout 2, beliau bersama-sama rakan karib dan juga anak didiknya EN. HAMDI @ Tok Pawang memindahkan operasi perusahaan mereka ke bengkel sekarang iaitu bertempat di Pusat Kraf Felda Besout 2.Bengkel ini sedia menerima tempahan berbagai jenis barangan kraf berasaskan kayu.Keutamaan dalam pembuatan pisau,golok,keris, serta ukiran kayu.Perkhidmatan membaik pulih senjata melayu lama dan 'sepoh' juga disediakan. Kadar bayaran yang dikenakan adalah berpatutan.En. Hairi pernah dan kerap mengikuti bengkel dan pameran barangan kraf yang dianjurkan oleh pihak Felda dan badan-badan swasta yang lain.Hasil rekaannya pernah dihargai oleh YBGH Dato Dr. Yusuf Noor satu ketika dulu dengan harga RM 500.Selain itu hasil ukirannya juga selalu dijadikan cenderahati oleh pihak-pihak yang berminat.Antara kenamaan yang memiliki hasil kraf Tok Kie ialah DYMM Paduka Sri Sultan Perak dan MB Perak DS Zambry Abd. Kadir.Replika goloknya juga telah dijadikan mercu tanda dan boleh disaksikan di Felda Gunung Besout 2 berhampiran pencawang telekomunikasi FELDA Besout.Paparan gambar bengkel, peralatan dan timbunan kayu sedia untuk memenuhi permintaan dan tempahan anda.Lihat di sini .En. HAIRI @ Tok Kie juga boleh dihubungi melalui telefon 0164459155 dan En. HAMDI 0194517087. - Tokanpuakajoran.

MAAF.Sebahagian Follower tidak dapat saya follow kembali kerana tiada link yang ditinggalkan.

Isnin, 12 April 2010

Koleksi Pisau Dan Golok Untuk Dimiliki

Dipaparkan koleksi pisau dan golok yang hampir siap untuk dimiliki. Bilah diperbuat daripada besi spring, manakala kayu sarung dan ulunya daripada kayu sepetir. Panjang bilah diantara 6.5 inci hingga 12 inci. Harga diantara RM 60.00 hingga RM 170.00.Berminat hubungi segera.

5 ulasan:

  1. salam tok kie,
    ada lagi ka..?
    berminat nih...

    BalasPadam
  2. salam, abang tok kie, tolong tegur2 pembuatan golok saya kat www.warisanuniq.blogspot.com boleh ?blajar2 buat... :) minta la tunjuk ajar dari tukang pakar.. xper kan?

    BalasPadam
  3. salam tok kie yg pnjang 8 inci ada ke.pos ke perlis boleh ke tok kie.brapa harga semuanya.berminat la.

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. sy Ariel dari Setiawangsa Kuala Lumpur..Cantik golok yang Tok Kie hasilkan..sy berminat untuk memilikinya..bagaimana cara untuk membuat tempahan..? dan cara untuk mengambilnya..? adakah Tok Kie akan menggunakan perkhidmatan pos..?

    BalasPadam
  5. Salam tok kie terima kasih sbb jual kayu sepetir kat saya ari tu wan sg buloh.

    BalasPadam

TRANSLATOR

BLOG SEKUTU