MAAF.Sebahagian Follower tidak dapat saya follow kembali kerana tiada link yang ditinggalkan.
Rabu, 21 September 2011
Kayu Kundang atau Kayu Pokok Setar
Kayu kundang atau kayu pokok setar juga mempunyai corak yang menarik dan sesuai dijadikan hulu atau sarung golok.Walau bagaimanapun agar sukar untuk membentuk kayu ini kerana kayu ini agak rapuh dan mudah retak.Kehendak pelanggan seharusnya diikuti.Berikut saya paparkan contoh hulu golok yang diperbuat daripada kayu pokok setar.Nasihat saya, jika anda ingin juga membuat perkakasan kraf daripada kayu ini, bahagian-bahagian pokok yang terpilih amat diperlukan seperti bahagian teras atau bahagian yang berpusar.Bahagian-bahagian tersebut tentunya lebih keras dan tidak mudah retak.
Sarung berbelang hitam juga diperbuat daripada kayu pokok setar.
Sarung berbelang hitam juga diperbuat daripada kayu pokok setar.
Selasa, 13 September 2011
Replika Keris Konvokesyen MRSM
Sekali lagi Tok Kie menerima tempahan menyiapkan replika keris untuk konvokesyen salah sebuah MRSM. Ini kali kedua Tok Kie mendapat tempahan begini. Kali pertama dulu tempahan daripada MRSM(F) Trolak.Tempahan ini belum siap sepenuhnya.Kelihatan Tuan Pengurus Felda Gunung Besout 3 sedang beraksi dengan replika keris tersebut.
Saudara Awang turut beraksi.
"Lembing Dayang Pulang Ke Awang"
Saudara Awang turut beraksi.
"Lembing Dayang Pulang Ke Awang"
Ahad, 11 September 2011
ITEM 0041 Pisau Lapah
Item 0041 Pisau Lapah: Panjang bilah 4.5 inci diperbuat daripada steel tahan karat.Meterial ulu dan sarung diperbuat daripada kombinasi 3 jenis kayu iaitu bahagian ulunya daripada kayu ranggu.Bahagian tengah atau sarung diperbuat daripada kayu kedondong hutan manakala bahagian hujung sarung dicantumkan dengan kayu jati. Tempahan terhad ini telahpun dimiliki oleh En. Massudi salah seorang penjawat awam yang bermastautin sekitar sini. Untuk pertanyaan sila hubungi Tok Kie golokkraf.




Sabtu, 10 September 2011
Petai Belalang Kayu Tahan Lasak
Petai belalang, sejenis tumbuhan spara hutan, senang membiak hasil percambahan benih yang banyak.Hasil kayu pokok petai belalang yang matang dapat dijadikan peralatan seperti sarung atau ulu golok yang kekal lama dan tahan lasak.
Pucuk petai belalang boleh dijadikan ulaman atau sayuran dan dikatakan berkhasiat, juga dipercayai dapat mengawal penyakit darah tinggi serta kencing manis bagi pengamal yang memakannya secara berterusan selama beberapa waktu.
Pohon petai belalang yang masih kecil.
Buah petai belalang juga boleh dimakan.Dimasak sambal atau dijadikan ulam.

Pokok ini juga boleh dijadikan tanaman hiasan atau teduhan namun agak sukar dikawal kerana percambahannya yang cepat. Selain itu, pokok ini mudah membesar dan dikhuatiri membahayakan kediaman.
Walaupun tumbuhan ini nampak lembut tetapi menghasilkan teras yang cukup keras apabila matang. Semakin besar pokok semakin baik kayu yang dihasilkan.
Hasil tangan Tok Kie golokkraf daripada teras kayu petai belalang.Golok ini kepunyaan sdr. BR blogger Blues Rider.bogspot.com.
Pucuk petai belalang boleh dijadikan ulaman atau sayuran dan dikatakan berkhasiat, juga dipercayai dapat mengawal penyakit darah tinggi serta kencing manis bagi pengamal yang memakannya secara berterusan selama beberapa waktu.

Isnin, 5 September 2011
ITEM 0040 - Golok - Pertemuan Dengan Pawang
ITEM 0040 - Golok sepanjang 11 inci.Bilah yang diperbuat daripada besi spring.Ulu dan sarungnya daripada kayu surian. Harga RM 150.00 ++. Berminat, hubungi Tok Kie.


Kesempatan ini juga kami gunakan untuk bertemu dan berbual-bual denga Tok Pawang Hamdi yang pulang bercuti sempena Aidil fitri. Hari ini, Tok Pawang akan berangkat pulang ke Labuan bersama-sama keluarganya.Selamat Tok Pawang...tidak berkesempatan untuk menjoran.Lain kali, InsyaAllah....lamalah sikit bercuti tu.....
Pertemuan antara guru dan murid golokkraf.
Selamat berangkat dan bertemu kembali.
Pertemuan antara guru dan murid golokkraf.
ITEM 0039 Pisau - Tempahan Sahabat
Dikesempatan ini saya kira masih belum terlalu lewat untuk kami sidang redaksi golokkraf menghulurkan salam Aidilfitri kepada peminat dan pengunjung setia laman ini. Maaf zahir batin atas kesalahan dan kesilapan. Berikut saya paparkan lagi satu tempahan sahabat yang baru disiapkan oleh Tok Kie beberapa hari lalu.Pemiliknya adalah bapa saudara saya, salah seorang kakitangan Kastam Diraja Malaysia.Asalnya item ini telahpun disempurnakan oleh tukang golok di tempat lain. Oleh sebab telah dimakan usia, maka pemiliknya mendapatkan Tok Kie golokkraf untuk diberi sentuhan semula.
Panjang bilah lebih kurang 11 inci dan diperbuat daripada besi spring. Ulu dan sarungnya dibikin daripada kayu surian.
Langgan:
Catatan (Atom)
TRANSLATOR
BLOG SEKUTU
-
-
-
PERKHEMAHAN KOKURIKULUM DI PUSAT KOKURIKULUM CAWANGAN BATANG PADANG, SUNGAI KLAH - Pada 2 hingga 4 Oktober 2015 seramai 55 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Trolak Selatan dan 59 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Trolak Utara tela...9 tahun yang lalu
-
-
'UMNO' minta $650 Dari Najib? - EKSKLUSIF Keadaan menjadi semakin panas dalam Umno, apabila seorang anggota yang mendakwa mewakili parti, memfailkan saman terhadap Presidennya, Datuk Ser...9 tahun yang lalu
-
Pisau Mengulit (HSS) (READY STOCK) - Pisau lapah (hi speed steel) Bilah 4inc Kayu malam Kemasan tembaga Besi.hss sepuh air Rm 130 termasuk pos Tajam dijamin CALL/SMS/WASSAP 019 367 41459 tahun yang lalu
-
-
-
PETUA RAWAT SAKIT GIGI - Sakit gigi menyeksakan. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi: - Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. ...10 tahun yang lalu
-
-
ETIKA PENGGUNAAN INTERNET - *ETIKA PENGGUNAAN INTERNET : SALAH LAKU* Dipetik daripada Berita Harian: Komputer keluaran 14 April 1999. - Menyalur sebarang bahan haram, lucah, menga...10 tahun yang lalu
-
-
Parang 105 - Panjang mata 5 in. Hulu dan sampir dari kayu nangka hutan, badan sarung dari kayu kedondong hutan telah terbang ke JB...11 tahun yang lalu
-
Maaf Sahabat - buat masa sekarang saya tidak dapat memenuhi permintaan para sahabat yang bertanyakan mngenai koleksi untuk dijual kerana semua koleksi telah dilepaskan.11 tahun yang lalu
-
kERIS untuk dIMAHARKAN - warna emas: keris dhapur: singa barong, luk: 11, pamor: melati rinonce. warna perak: keris dhapur: singa barong, luk: 11, pamor:...12 tahun yang lalu
-
INFUSE BARU 7-8 BULAN - assalamualaikum wr.wb. Foto projek di kalimantan selatan umur diameter pokok 25cm diinjeksi dengan inokulan infuse baru 7-8 bulan Batang pokok kulit d...12 tahun yang lalu
-
YM Guru Utama PSSCM, Haji Ishak Bin Itam Kembali Kerahmatullah - 12 Mac 2012, Bukit Mertajam - YM Guru Utama PSSCM, Tuan Haji Ishak Bin Itam telah menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman beliau di No. 901, Mukim 8, T...13 tahun yang lalu
-
-
Call to Arms! - http://torrentfreak.com/us-lawmakers-want-to-quash-pirate-websites-100920/ Urgghh..... btw; Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri too14 tahun yang lalu
-
new pacth - 26.07.2010 Further Update of Cabal Cash Shop Dear Cabalists, We will be introducing more new items into the cash shop and removing a few more this 27th ...14 tahun yang lalu
-
Ustaz Hassan Shukri - Perginya seorang pejuang rakyat . Takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan didalam golongan orang2 yang beriman , amin . Al-Fati...14 tahun yang lalu
-
-
-
-
-