Seingat saya, di awal kemunculan blog ini dahulu ada beberapa pengunjung yang ingin mengetahui bagaimana proses membuat golok dilakukan. Pada kali ini saya tidak dapat menunjukkan bagaimana proses membuat golok sepenuhnya kerana beberapa kesulitan namun saya dan Tok Kie cuba memuatkan beberapa proses membuat sarung dan ulu golok sekadar yang terdaya.
1. Proses dimulakan dengan mengenalpasti jenis kayu yang sesuai dan berkualiti di lokasi yang dirahsiakan. Setelah mendapat kebenaran daripada pihak-pihak tertentu, maka pohon balak tersebut ditebang. Berikut disiarkan aksi Tok Kie sedang menebang pokok surian yang besarnya "boleh tahan la...". Walaubagaimanapun aksi tersebut tidak dapat dihabiskan kerana beberapa masalah teknikal....
2. Balak yang telah ditumbangkan. Mengambil masa yang agak lama untuk dibelah dan dianggkut keluar sebelum dapat dijadikan sarung dan ulu golok.
3. Lakaran dibuat diatas papan yang telah dibelah kecil

4. Menyukat atau mengacu bentuk golok

5. Pahat digunakan untuk membentuk longkang pada sarung golok

6. Golok diacukan dengan sarung untuk memastikan tidak terlalu longgar atau ketat setelah proses menangkup kedua-dua belah sarung.

7. Memastikan sarung dan bilah sesuai dan kemas.

8. Gam kayu disapu pada kedua-dua belah sarung.

9. Sarung kemudiannya ditangkup dan dirapatkan menggunakan alat penangkup.

10. Sarung dan mata golok dipadankan dan ditarah untuk mendapatkan bentuk kasar.

11. Bentuk kasar sarung golok menanti proses selanjutnya.

Langkah seterusnya akan dimuatkan dalam catatan akan datang - Tokan