Pra Kata

Penerbitan blog ini tercetus setelah menyaksikan kegigihan dan minat EN.HAIRI SALLEH B MAIDIN @ Tok Kie seorang anak peneroka gigih pemastautin Felda Besout 2,meneroka bidang kraf berasaskan kayu dan sebahagiannya berkualiti tinggi.Bermula melakukan aktiviti "main-main" di sudut rumah orang tuanya dan menerima tempahan secara kecil-kecilan daripada penduduk setempat.Pada awal tahun 2008 setelah mendapat restu pihak pengurusan Felda Besout 2, beliau bersama-sama rakan karib dan juga anak didiknya EN. HAMDI @ Tok Pawang memindahkan operasi perusahaan mereka ke bengkel sekarang iaitu bertempat di Pusat Kraf Felda Besout 2.Bengkel ini sedia menerima tempahan berbagai jenis barangan kraf berasaskan kayu.Keutamaan dalam pembuatan pisau,golok,keris, serta ukiran kayu.Perkhidmatan membaik pulih senjata melayu lama dan 'sepoh' juga disediakan. Kadar bayaran yang dikenakan adalah berpatutan.En. Hairi pernah dan kerap mengikuti bengkel dan pameran barangan kraf yang dianjurkan oleh pihak Felda dan badan-badan swasta yang lain.Hasil rekaannya pernah dihargai oleh YBGH Dato Dr. Yusuf Noor satu ketika dulu dengan harga RM 500.Selain itu hasil ukirannya juga selalu dijadikan cenderahati oleh pihak-pihak yang berminat.Antara kenamaan yang memiliki hasil kraf Tok Kie ialah DYMM Paduka Sri Sultan Perak dan MB Perak DS Zambry Abd. Kadir.Replika goloknya juga telah dijadikan mercu tanda dan boleh disaksikan di Felda Gunung Besout 2 berhampiran pencawang telekomunikasi FELDA Besout.Paparan gambar bengkel, peralatan dan timbunan kayu sedia untuk memenuhi permintaan dan tempahan anda.Lihat di sini .En. HAIRI @ Tok Kie juga boleh dihubungi melalui telefon 0164459155 dan En. HAMDI 0194517087. - Tokanpuakajoran.

MAAF.Sebahagian Follower tidak dapat saya follow kembali kerana tiada link yang ditinggalkan.

Selasa, 8 Februari 2011

ITEM 0032 Golok Tempahan Sahabat Negara Brunei Darussalam.

Berikut saya paparkan 3 bilah golok tempahan sahabat yang bermastautin di negara Brunei Darussalam. Tempahan ini telah disiapkan oleh Tok Kie semalam. Hasil kerja kali kedua Tok Kie, setelah golok seumpamanya yangtelah disiapkan sebelum ini dikebas orang.

Jenis : Golok
Panjang bilah : 13.5 inci.
Jenis bilah : Besi spring.
Jenis kayu : Surian.
Harga: Tidak dinyatakan, untuk maklumat hubungi Tok Kie.

Tiga bilah golok yang dihasilkan, golok bersarung tebuk, sarung separa ukir dan sarung berukir.

















3 ulasan:

  1. Terima Kasih Tok Kie, atas kesudian menyiapkan tempahan ni, walaupun ditimpa musibah baru2 ni.. memang cantik golok2 ni.Ada kelas gitu...

    Sahabat dari Brunei.

    BalasPadam
  2. golok nya sungguh indah......harga nya berapa?

    BalasPadam
  3. Berapa harga sebilah parang spt ini jika saya ingin buat tempahan?

    BalasPadam

TRANSLATOR

BLOG SEKUTU