Rabu, 16 Jun 2010

ITEM 0035 Golok Kayu Ranggu Istimewa

Inilah gambar terbaru golok kayu ranggu(kayu kiriman tuan senjata saribas) hasil tangan Tok Kie Golokkraf yang tidak sempat dirakamkan beberapa minggu lalu. Rupanya, telah menjadi persembahan kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak sempena lawatan baginda mencemar duli berkunjung ke Program Santapan Bersama Rakyat sempena Hari Keputraan Baginda di Hot Spring Park, Felda Sungai Kelah baru-baru ini. Gambar ini telah dikirimkan dengan ikhsan Tuan Pengurus Felda Besout 03. Daulat Tuanku! hamba rakyat menjunjung kasih.


2 ulasan:

  1. kalau di sabah kayu ni di panggil kayu bawang2. ada 2 jenis merah dan putih.

    BalasPadam