Seminggu dua ini Tok Kie seakan hilang Mood.Hasil kreativiti dan penat lelahnya sekelip mata punah. Bukan sekali, malah 3 kali bengkelnya dipecah masuk.
Kali ketiga Tok Kie tenggelam punca, habis peralatan pertukangannya seperti gergaji berantai,set kimpalan, set alatan melarik,tv, peralatan menjoran dan lap top hilang.
Sejak kali pertama hingga kali ketiga, sejumlah 40 bilah golok,parang,keris,pisau tempahan peminat dan cenderahati daripada rakan-rakan sealiran lesap.
Situasi ini menjadikannya Tok Kie dalam keadaan gusar.Hasil usaha penat lelah tidak terbayar malah terpaksa pula menjelaskan pada pemilik atau penempah bahawa milik mereka telah tiada.
Kepada pelanggan, Tok Kie mohon berbanyak maaf atas kehilangan barang tempahan mereka.
Terkini khabarnya, orang yang telah melakukan angkara telahpun diberkas oleh pihak berkuasa.Hanya beberapa bilah pisau yang masih tinggal, itupun menjadi barang kes.
Bermodalkan Skim Pinjaman Usahawan Kecil, Tok Kie memulakan langkah baharu dan membeli beberapa keperluan asas dan usahanya kini tertumpu kepada barangan kraf lain seperti pergola dan pondok wakaf.
Peminat yang masih mahukan khidmat Tok Kie pandai-pandailah memujuk.
Paparan akan datang akan saya paparkan beberapa nukilan Tok Kie yang diselesaikan dan merupakan saki-baki tempahan terdahulu. - Tokanpuakajoran.