Ahad, 8 Julai 2012

Pondok Wakaf Siap Sepenuhnya

Biarpun sekian lama tidak bersiaran, Tok Kie sebenarnya masih aktif dengan hasil kerja tangannya.Dari menyiapkan hasil kraf yang kecil hinggalah ke hasil kerja yang besar.Masih aktif dan bertahan untuk melaksanakan tugasan hasil tempahan pelanggannya.Cuma saya yang tidak mampu untuk bertahan melaporkan kegiatan terkini Tok Kie.Kepada pengunjung blog yang masih setia bertandang, diucapkan terima kasih tidak terhingga.Sokongan anda memungkinkan blog ini terus dan mampu bertahan.

Berikut saya paparkan pondok wakaf hasil kerja tangan Tok Kie yang baru disempurnakan beberapa minggu lalu. Pondok wakaf ini ditempah oleh salah seorang sahabat, Encik Hadi yang tempat kediamannya berhampiran bengkel golokkraf. Kediaman yang berhampiran bengkel memudahkan Tok Kie melaksanakan tugasan yang diberi.