Rabu, 7 Disember 2011

Tanda Tangan Wak Lan Parang Lapah

Lama benar membiarkan halaman ini,sebulan lamanya tidak diupdate .Bukan tiada perkara atau bahan untuk dipaparkan tetapi sedikit kalut dengan rutin harian.Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pengunjung, pelawat serta peminat golokkraf yang masih setia bertamu di ruangan ini.Saya juga ingin memaklumkan buat sementara waktu ini tempahan baharu ditutup untuk tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan.Ini berikutan Tok Kie sedang sibuk menyiapkan beberapa projek yang bersangkutan dengan FELDA dan juga masih terikat dengan tempahan-tempahan yang bertali arus yang tidak termampu diuruskan semua.Walaubagaimanapun Tok Kie masih sedia menerima tempahan daripada peminat atau pelanggan tetap atau daripada penempah yang sanggup menanti dalam jangka masa yang lama.

Di sini juga saya ingin paparkan tanda tangan atau bekas tangan Wak Lan Parang Lapah.Kayu dan bilah golok ini adalah kepunyaan Tok Kie manakala reka bentuk sarung dan ulu golok ini disiapkan oleh Wak Lan sebagai tanda kenangan kepada Tok Kie.Penggemar parang dan golok yang berminat dengan seni Wak Lan bolehlah menghubunginya di alamat berikut:

Saudara Zailan bin Hj. Sharif,
17, Jalan Maju 2,
Taman Bakri Maju,Parit Borham,
84200 Bakri,Muar.

atau boleh melayari : http://paranglapah.blogspot.com/

Kayu jati dipasangkan dengan sejenis kayu yang tidak diketahui, pemberian sahabat dari Pulau Langkawi.