Ahad, 21 Ogos 2011

Lagi Tempahan Rakan Yang Telah Disiapkan

Lagi tempahan peminat golokkraf yang sempat disiapkan oleh Tok Kie beberapa hari lalu. Saya kira tepahan ini telahpun diambil. Peminat golok yang ingin menempah golok seumpama ini bolehlah berhubung dengan Tok Kie.Penempah digalakkan menyediakan bilah sendiri sekiranya mahu tempahan disiapkan dalam masa yang cepat.Bilah yang ditempah sendiri lebih memberikan kepuasan, lantaran bentuk bilah dan kualiti besi mengikut cita rasa sendiri.

Jumaat, 12 Ogos 2011

ITEM 0038 Pisau

Item 0038, sebilah pisau yang panjang lebih kurang 6 inci bilahnya ini adalah sentuhan terkini Tok Kie, tempahan salah seorang sahabat dari Pulau Pinang. Kombinasi kayu surian dan sedikit kayu lain pada bahagian hujung sarungnya. Maklumat mengenai pisau ini boleh diperolehi melalui Tok Kie -Telefon : 0164459155.