Khamis, 21 April 2011

Tempahan Sahabat Brunei Darussalam

Ketika ini Tok Kie sedang giat menyiapkan tempahan sahabat dan peminat golok. Saya paparkan golok dan pisau yang ditempah oleh sahabat dari negara Brunei Darussalam.Sehari dua lagi siaplah tempahan ini.
Sebahagian lagi bilah golok dan pisau tempahan sahabat dan peminat tempatan dalam pembikinan.

Rabu, 13 April 2011

ITEM 0033 Cenderahati Untuk MB

Golok ini direka khas oleh Tok Kie Golokkraf untuk YAB Menteri Besar Perak yang bakal berkunjung ke Gugusan Felda Gunung Besout pada 17.04.2011 nanti.Bahagian pemegang .
Bahagian depan.
Bilah yang diperbuat daripada besi spring manakala sarungnya daripada kayu surian.

Golok ini sebagai tanda kenangan daripada Tuan Pengurus dan kakitangan Felda Gunung Besout 2 kepada YAB Menteri Besar yang sudi berkunjung nanti.

Jumaat, 1 April 2011

Lagi Koleksi En. Zul

Saya sempat singgah di bengkel Golokkraf sebentar tadi. Dua bilah pisau lama koleksi En. Zul disiapkan oleh Tok Kie.Kombinasi kayu surian,jati,macang hutan dan rengas.