Pra Kata

Penerbitan blog ini tercetus setelah menyaksikan kegigihan dan minat EN.HAIRI SALLEH B MAIDIN @ Tok Kie seorang anak peneroka gigih pemastautin Felda Besout 2,meneroka bidang kraf berasaskan kayu dan sebahagiannya berkualiti tinggi.Bermula melakukan aktiviti "main-main" di sudut rumah orang tuanya dan menerima tempahan secara kecil-kecilan daripada penduduk setempat.Pada awal tahun 2008 setelah mendapat restu pihak pengurusan Felda Besout 2, beliau bersama-sama rakan karib dan juga anak didiknya EN. HAMDI @ Tok Pawang memindahkan operasi perusahaan mereka ke bengkel sekarang iaitu bertempat di Pusat Kraf Felda Besout 2.Bengkel ini sedia menerima tempahan berbagai jenis barangan kraf berasaskan kayu.Keutamaan dalam pembuatan pisau,golok,keris, serta ukiran kayu.Perkhidmatan membaik pulih senjata melayu lama dan 'sepoh' juga disediakan. Kadar bayaran yang dikenakan adalah berpatutan.En. Hairi pernah dan kerap mengikuti bengkel dan pameran barangan kraf yang dianjurkan oleh pihak Felda dan badan-badan swasta yang lain.Hasil rekaannya pernah dihargai oleh YBGH Dato Dr. Yusuf Noor satu ketika dulu dengan harga RM 500.Selain itu hasil ukirannya juga selalu dijadikan cenderahati oleh pihak-pihak yang berminat.Antara kenamaan yang memiliki hasil kraf Tok Kie ialah DYMM Paduka Sri Sultan Perak dan MB Perak DS Zambry Abd. Kadir.Replika goloknya juga telah dijadikan mercu tanda dan boleh disaksikan di Felda Gunung Besout 2 berhampiran pencawang telekomunikasi FELDA Besout.Paparan gambar bengkel, peralatan dan timbunan kayu sedia untuk memenuhi permintaan dan tempahan anda.Lihat di sini .En. HAIRI @ Tok Kie juga boleh dihubungi melalui telefon 0164459155 dan En. HAMDI 0194517087. - Tokanpuakajoran.

MAAF.Sebahagian Follower tidak dapat saya follow kembali kerana tiada link yang ditinggalkan.

Selasa, 19 Januari 2010

Pembeli dikehendaki Golok Ular Naga Siap Sepenuhnya

ITEM 018 (Golok Ular Naga) yang telah dipamerkan untuk tontonan beberapa hari lalu kini telah siap sepenuhnya. Tempahan kini dibuka. Hubungi saudara Hairie @ Tok Kie segera!






Gambar sebelum proses "clear"



ITEM 0020 Badik

Item 020 Badik
Jenis bilah : Besi Campuran(Tukang Kelantan)
Panjang bilah: 7 inci
Sarung : Kayu surian + sepetir + buih
Panjang keseluruhan 10.5 inci
Reka bentuk: Hairie@Tok Kie Golok Kraf
Harga: RM 300.00
* Berminat hubungi Tok Kie segera












Isnin, 18 Januari 2010

ITEM 0019 Pisau

Item :019 Pisau
Mata/bilah: Kepingan mata gergaji berantai (Chain Saw)
Jenis kayu: Sepetir
Panjang bilah : 7 inci
Panjang keseluruhan : 12 inci
Hak Cipta: Madhuca Craft
Reka bentuk : Haire@Tok Kie Golok Kraf
Hak milik : Tokan Puakajoran.blogspot.com
*Pisau ini telah disponsor oleh golok kraf kepada Tokan Puakajoran sebagai cenderahati.Walaubagaimanapun sdr.Hairie sedia menerima tempahan daripada sesiapa yang berminat dengan harga yang boleh dirunding.














Gambar ketika sedang direka bentuk.


Jumaat, 8 Januari 2010

ITEM 0018 Golok Surian Ular Naga

Item: 018 (Dalam proses)
Jenis bilah : Besi spring
Jenis kayu : Surian
Panjang bilah: 14 inci
Panjang keseluruhan : 20 inci
Rekabentuk: Hairie@Tok Kie Golokkraf
Harga: RM 600 ++
Catatan: Hampir siap dan belum dimiliki oleh sesiapa. Kepada yang berminat hubungi segera. Bidaan @ Sebut harga tertinggi.


ITEM 0017 Golok Sarung Tebuk

Item : 017
Jenis mata : Spring
Panjang bilah: 14 inci
Panjang keseluruhan : 20 inci
Kayu : Surian
Harga: RM 500
Pereka: Hairi @ Tok Kie Golokkraf
Catatan: Golok ini telah dijadikan cenderahati oleh kakitangan Felda Wilayah Trolak kepada Tn. Hj Abdul Karim b. Ahmad,Pengurus Besar Wilayah Trolak yang sekarang telah bertukar ke Felda Wilayah Johor.

Tempahan berikutnya dibuka kepada sesiapa yang berminat.









TRANSLATOR

BLOG SEKUTU