Sabtu, 6 November 2010
Replika Keris Golokkraf di Pesta Konvokesyen PMR MRSM Felda Kali Pertama
Bergegas ke Bandar Felda Trolak Jaya sebentar tadi. Khabarnya replika keris Tok Kie akan diarak untuk Hari Graduasi PMR MRSM FELDA KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, Trolak Jaya. Dalam kehujanan sempat juga saya ke sana dan kebetulan acara belum dilangsungkan.Tepat pukul 10.00 pagi,acarapun bermula. Berikut saya paparkan beberapa gambar yang sempat saya rakamkan sempena hari yang bersejarah itu.
Replika keris istiadat dibawa masuk ke dalam dewan konvokesyen.






"Back Drop" dengan paparan replika keris hasil tangan Tok Kie.

Replika keris istiadat disemayamkan di singgahsananya.
Sebahagian ibubapa, tetamu dan jemputan yang hadir.

Dalam perjalanan pulang sempat juga Tok Kie bergambar di samping banner replika keris rekaannya.

Catatan seterusnya akan saya muatkan ke dalam http://puakajoran.blogspot.com/
Jumaat, 5 November 2010
Keris Istiadat Konvokesyen MRSM Felda Trolak
Aduhai.... malang nasib Tok kie... gambar-gambar pembikinan replika keris istiadat konvokesyen MRSM Trolak yang diambil dari masa ke masa sehingga siap pembikinannya tidak dapat saya paparkan. Semuanya berpunca daripada memori kad kamera, dan dua buah lap top saya "buat hal". Bukan sahaja gambar-gambar keris tersebut, malah gambar-gambar dan data-data lain juga turut musnah. Hanya ini yang dapat saya paparkan untuk tontonan dan kenangan Tok Kie.
Khabarnya, Replika keris ini telahpun "dibannerkan" dan digantung sekitar laluan utama ke MRSM Felda Trolak Jaya sempena konvikesyen MRSM tersebut yang akan berlangsung pada 6.11.2010. Pada hari tersebut dan hari-hari konvokesyen seterusnya replika keris itu akan diarak sebagai bermulanya acara konvokesyen MRSM Felda. Apapun, Tahniah diucapkan kepada Tok Kie kerana hasil tangannya mendapat pengiktirafan pihak MRSM Felda.