Jumaat, 23 Julai 2010
Tok Kie Dapat Projek Membuat Replika Keris
Tok Kie semakin sibuk. Baru-baru ini beliau mendapat tempahan membuat replika keris gergasi pula. Tempahan itu datangnya dari pihak pengurusan MRSM Felda. Khabarnya replika keris itu akan digunakan untuk majlis konvikesyen MRSM tersebut. Semoga hasil kerja Tok Kie mendapat pengiktirafan - Posting by: Tokan Puakajoran.
Khamis, 8 Julai 2010
Bungkah Kayu Kemuning
Baru-baru ini Tok Kie menerima kiriman beberapa bungkah kayu kemuning kiriman dan tempahan sahabat baru. Dengarnya dari jauh juga. Saya sempat mengamati kayu tersebut dan amat menarik sekali. Warna kekuningan dihiasi belak kehitaman. Pastinya cantik hasilannya nanti.Pada pengamatan saya, pengirim ini seorang yang arif tentang kayu ini kerana potongan dan bahagian yang diambil memang menarik. Teras kayu yang terhasil mungkin dari pohon yang agak besar dan mungkin agak sukar ditemui. Saya pernah menemui kayu kemuning ini melalui sahabat yang tinggal di Pahang, namun saiznya agak kecil dan warna kayu tersebut hanya kuning sahaja. Saya juga pernah melihat kayu kemuning berwarna agak kehitaman tetapi harganya mahal. Kayu kemuning memang halus dan menarik namun agak sukar bertahan jika terdedah kepada suhu yang agak panas - Tokan Puakajoran.
Ahad, 4 Julai 2010
Tempahan Terkini
Ketika ini Tok Kie tidak menang tangan menyiapkan tempahan pelanggan. Saya paparkan sebahagian hasil kerja tangan Tok Kie yang belum siap sepenuhnya. Kepada pelanggan dan peminat golokkraf, usah jemu menunggu, Insyaallah Tok Kie akan menyiapkan tempahan anda walaupun masa yang diambil agak lama.
Penggunan kayu surian sepenuhnya dalam pembikinan ulu dan sarung.
Panjang bilah 12 inci +
Harga RM 250.00 ++ bergantung kepada kualiti bilah dan kayu.

Menanti proses terakhir (Varnis)



Berminat hubungi Tok Kie untuk tempahan.