Sebulan yang lalu Golokkraft menerima kiriman kayu istimewa daripada penulis blog
senjatasaribas.blogspot.com. Terima kasih Tuan Sejata Saribas.Setelah beberapa ketika terhasillah sebilah golok oleh Tok Kie. Saya sempat menyaksikan pembikinan sarung golok tersebut dan pada saya memang menarik corak kayu ranggu. Saya juga berkira-kira untuk mendapatkannya suatu hari nanti.
Bahagian dagu sarung.

Bahagian Hulu.

Sarung ditambahi kayu malam pada hujungnya.


Walau bagaimanapun kami sedikit terkilan kerana golok yang dibikin untuk simpanan sendiri dan belum sempat disiapkan sepenuhnya serta belum pula sempat diambil gambar, telah "dicuri" oleh seseorang dengan alasan untuk diberikan kepada VVIP sebagai cenderahati. Jika tiada aral, kami akan cuba dapatkan maklumat lanjut siapa VVIP itu sedikit masa lagi.