Jumaat, 30 April 2010

Pameran Golokkraf

1 Mei - Jam 5.30 petang nanti kami akan berada di Dewan Orang Ramai Felcra Cangkat Sulaiman, Sungkai tempat berlangsungnya Trip Mikat TTF Sungkai. Peminat golokkraf bolehlah mendapatkan golok dan pisau hasilan terkini Tok Kie dengan harga yang berpatutan. Terimakasih.

Khamis, 15 April 2010

Golok Pusaka

Saya paparkan koleksi parang salah seorang rakan setugas En. Zainuddin yang juga merupakan pelanggan tetap Tok Kie. Bilah golok ini adalah peniggalan arwah bapa beliau. Sarung dan ulunya diberi sentuhan baru oleh Tok Kie beberapa tahun dulu.Saksikanlah antara hasil sentuhan awal Tok Kie.





Selasa, 13 April 2010

Koleksi Terbaru Tok Kie

Berikut saya tampilkan rekaan dan koleksi terkini Tok Kie, sebilah golok yang dihasilkan menggunakan kombinasi kayu surian,macang hutan dan sepetir. Bilah sepanjang 13 inci dengan lebar kira-kira 1.5 cm diperbuat daripada steel atau besi tahan karat. Menurut Tok Kie, rekaan ini hanya untuk koleksi peribadinya.



Isnin, 12 April 2010

Koleksi Pisau Dan Golok Untuk Dimiliki

Dipaparkan koleksi pisau dan golok yang hampir siap untuk dimiliki. Bilah diperbuat daripada besi spring, manakala kayu sarung dan ulunya daripada kayu sepetir. Panjang bilah diantara 6.5 inci hingga 12 inci. Harga diantara RM 60.00 hingga RM 170.00.Berminat hubungi segera.

Koleksi Bilah Untuk Tempahan

Berikut dipaparkan bentuk bilah sebagai contoh untuk tempahan. Item diperbuat daripada besi spring. No 12 panjangnya 12 inci manakala item yang bernombor 9 panjangnya 10 inci. Sesiapa berminat dengan koleksi reka bentuk bilah boleh berhubung terus dengan Tok Kie.

Kiriman Kayu "Baru" dari Sarawak



Kami telah menerima sebungkah kayu dari sahabat blog. Menurut beliau kayu ini dinamakan kayu baru.Tok Kie amat gembira dengan kiriman kayu tersebut. Beliau sedang mereka-reka bentuk bilah yang sesuai untuk dipadankan dengan kayu tersebut.